Sakif Habibi, snips snaps I.
BismiLLAHirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Short versions of Sakif Habibi. The journey of Qaiser and Farhan. Lalalalabuuu . "Sedapnya!" Farhan bersungguh-sungguh menikmati hidangan di hadapannya. Cuti musim panas sudah bermula. Walaupun di Indonesia tiada perubahan musim yang ketara seperti di Amerika Syarikat, mujur cuti dia dan Qaiser seiiring. "Aku tak rasa sedap pun. Biasa ja ." Balas Qaiser. Perlahan dia membicarakannya itu. Sekadar supaya Farhan mendengar. "Sedaplah. Hmm . Tapi aku tahu kenapa hang tak rasa macam aku." Farhan mengangguk-anggukkan kepala seperti menyetujui pendapatnya sendiri. Qaiser hanya tersenyum melihat reaksi sahabatnya itu. "Kenapa?" dia bertanya. "Sebab hang dah rasa yang lagi sedap." Selamba Farhan menjawab. "Oh." Selamba juga Qaiser membalas pendek. " Sat ." Farhan kini memusing...