Mereka.
Assalamualaikum w.b.t. Kisah Ahlam. ***** Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam ke atas junjunganku, Rasulku, Nabi Muhammad s.a.w Hasil karya Umairah Hawani, MEREKA. Ahlam melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Dia membuka pintu lalu dilepaskan. Seorang kerani di sebalik meja memerhati. Ahlam berhenti seketika lalu memegang pintu dan menutup secara perlahan. Dia teringat bahawa pintu itu akan berbunyi kuat jika dilepaskan begitu sahaja. Hasrat di hati tidak mahu menganggu konsentrasi sesiapa. Kerani yang memerhati tersenyum sambil memberi isyarat mengunakan ibu jarinya. Ahlam membalas senyuman. Langkah di halakan ke arah anak tangga. Dia berfikir seketika untuk memilih tempat di mana dia perlu bersendiri dan membaca. Suasana perpustakaan yang sedikit lengang memberikan dia tiga pilihan di ketiga-tiga tingkat perpustakaan itu. Sememangnya dia tidak kisah duduk di mana namun yang paling sunyi pasti menjadi pilihan utama. Ahlam me...