Posts

Showing posts from October, 2012

Sudah terang lagi bersuluh,

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tipu, kalau tidak terfikir: “Nak talaqqi 24 jam, tak nak ambil perubatan.” Tapi, tiada kekuatan melainkan ALLAH. Dan sesungguhnya pekerjaan separuh jalan itu menyeksakan dan membuang masa. Jadi, 'ala kulli hal, dua-dua. Talaqqi wa Tibb. Buat tolabul 'ilm, khususnya pelajar medik, amnya kepada semua. Mungkin, terdetik di hatimu: "Banyaknya perlu dihafal, perlu diketahui. Semua kena baca dan faham.” Lebih ekstrem: "Nak 'gila'.” Lebih, terlampau ekstrem: "Putus asa, tak nak belajar. Kalau Allah dah takdirkan lulus, lulus juga. Kalau takdir gagal, gagal juga.” Berhentilah wahai sahabat yang dikasihi. Pernahkah dikau tahu akan satu kisah? Ketika di Medan Muktah, tentera Islam seramai 3000 orang yang dipimpin Zaid bin Harisah r.a. dihantar Rasulullah s.a.w berhadapan tentera Rom yang berjumlah 200 000 orang. Abdullah bin Rawahah r.a bersenandung dal

Ta'limul Muta'allim.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. "I would only write after I performed two rakaat of prayer and read two pages of al-Quran.” -sir Alizaman D. Gamon- To meet someone who talks constantly is easy. To meet someone who talks lesser than usual is quite easy. To meet someone who talks beneficially is hard enough. To meet someone who talks beneficially every, single, time is a challenge. And that is also applicable to those who write. On the 29 th April 2012, I was given the sanad of the book Ta'limul Muta'allim with one condition (as we had only read the book more or less than half of it in front of Syeikhuna, Ustaz Muhadir bin Hj Joll as-Sanariy) – we have to read it cover to cover by ourselves. If we had, then, qabiltu ijazah. The copy that I own was dwi-languange, both Arabic and its Malay translation. To cut it short, I had only been able to read it entirely, every single words in both language, to

Hari Lahir,

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Peringatan hari lahir; Telah tertulis suratan nasibmu. Derita buatmu ada hikmahnya. Terlukis senyum di bibir lesu. Tak siapa tahu hatimu. Mohon doa, mereka SYAHID. Tiada siapa tahu hatiku. Melainkan Dia yang ku cinta, dan pasti akan jasad dan hati ini diuji kerana cinta juga. Bagaimanakah mampu mengatakan ilmu yang tidak diamalkan? Melainkan Dia akan memberi balasan. Sukarnya istiqamah itu, melainkan kepada mereka yang berasa dhaif. Kerana dhaif itu membawa kepada kesedaran. Akan diri yang lemah, faqir. Akan Dia yang memiliki qudrah dan iradah. Diajarkan kepadaku; jangan pernah sekali melayan marah. Kenapa melihat sesuatu yang buruk berlaku? Sedangkan ada terkandungnya hikmah. Dikatakan kepadaku; kurangkan percakapanmu, kurangkan makan minummu, jangan sekali mengikut hawa nafsu. Kerana pasti; ia menipu. Dipesan kepadaku; talaqqi itu bukan pilihan. Yang dihadiri ketika lenggan

Raudhah Ilmu.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Memori di malam 1 Zulhijjah; Apabila Raudhah bersandar padaku, rasa bahagia namun tubuh menjadi kaku. Risau pergerakan mengganggu anak guru, tidak ku beralih hingga Raudhah berlalu. Pesan diri kepada diri; Jagalah adab, jangan pernah biadap. Dengan guru dan juga kitab, demi barakah kita mengharap. Kepada mereka yang menegur; Bukan diri seorang, mencari jalan yang terang. Harus sedar tidak akan senang, mungkin tiada masamu yang senggang. Akhir kalam; Denyut kasih medik, bisikan cinta talaqqi. Di saat hati berdetik, merungkai cinta hakiki. اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فأعفو عنا Fatahallua'alaik. Allahua'lam.

Mungkinkah diri bergelar Azhari?

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh. Mereka mengingatkan; ingatlah ALLAH. ***** Dahulu, pernah sekali ana membaca. Artikel bertajuk: Selayaknya Engkau Bergelar Azhari. Pada saat itu hanya membayangkan teman di Azhar. Tak terlintas, akan jatuh tanggungjawab itu pada hamba yang faqir. Ketahuilah sahabat, atau sesiapa yang membaca. Apa sahaja yang dinukilkan, apa saja yang diluahkan. Diri ini sedang di kejauhan. Kemungkinan emosi tidak tenteram, mungkin hati dibolak-balikkan. Dan ingatlah ALLAH. ***** Siapa kata di sini bahagia? Berteman padang pasir gersang semata. Siapa kata di sini sengsara? Menuntut ilmu tanpa sempadannya. Di sini, aku Umayr. Bercita memegang panji Saidina Umar. Mengikut langkah perwira Saidina Abu Bakar. Mencari ilmu seperti Saidina Ali. Bak Saidina Uthman, akhlak yang dimimpi. Diharap semua bukan setakat angan. Bertalaqqi itu bukan permainan. Ilmu dikejar, guru dihormati. InsyaAllah seperti itu,