Posts

Showing posts from February, 2012

Tasbih memuji keagungan Rabbi,

Assalamualaikum w.b.t. Dengan nama Allah, Tuhanku. Bagaimana kau merasa bangga? Akan dunia yang sementara. Bagaimanakah bila semua  hilang dan pergi meninggalkan dirimu? Bagaimanakah bila saatnya? Waktu terhenti tak kau sedari. Masikah ada jalan bagimu untuk kembali mengulangkan masa lalu? Dunia dipenuhi dengan hiasan. Semua dan segala yang ada akan kembali padaNya. Bila waktu telah memanggil, teman sejati hanyalah amal. Bila waktu telah terhenti, Teman sejati tingallah sepi. Teringat saatnya, pertama kali pergi ke Masjid Negeri di saat tahun baru, untuk menghadirkan diri ke tempat yang dihadiri Syeikh Nuruddin bin Hj Marbu bin Abdullah Thaiyib. Kerana namanya disebut berulang-ulang kali oleh Murabbi, Ustaz Muhadir bin Hj Joll. Kerana ketinggian ilmunya, dan niatku untuk berjumpa para ulama'. Mulanya pada hari itu ingin pergi sendiri namun ami berkata ingin pergi sekali. Dan perginya ke situ membawa kembali satu pengeta

Pabila niqab ditakdirkan "haram".

Assalamualaikum w.b.t. “ Ana minta doakan kepada ukhti yang memakai niqab supaya selamat.” “ Niqab diharamkan di CFS.” Semalam dan hari ini. Perkara yang dijangka sudah tiba. Penguatkuasaan peraturan tidak boleh memakai niqab di CFS. Berita itu tidak sampai kepada ana, hinggalah lewat malam semalam. Ketika jam sudah menunjukkan lebih pukul 12, masih berada di E007 untuk mesyuarat bersama rakan ENGENIUS. Presiden mendapat mesej dan membacanya dihadapan semua. “ Ukhti yang memakai niqab sudah dipanggil principal. Mari kita doakan semua ukhti yang memakai niqab supaya selamat.” Semua memandang ana. Ana memandang Presiden. Mata ana memandang dia, namun hati ana entah ke mana. Seketika kemudian kami diminta bermuhasabah diri. Hati ana entah ke mana. Kembali ke mahallah ana berehat. Paginya ana dikejutkan sahabat untuk solat Subuh berjemaah. “ Kalau Amirah nak pakai niqab, Amirah kena bersedia untuk segalanya.” Ana menanti, wakil dari sesiapa

Ini kisah ana.

Image
Assalamualaikum w.b.t. ALLAHUMMARZUQNA MAHABBATAN NABI FI QULUBINA. Mafhum: Ya Allah kurniakanlah kami kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w ke dalam hati kami. Sesuatu berlaku Ahad lalu, menyebabkan ana terlepas talaqqi. Ana berada di sana, perjalanan 1 jam lebih menaiki kereta dari tempat ana talaqqi di Madrasah an-Nur. Ana bertanya yang lain, lagi 30 minit talaqqi tamat. Ana diam, menyalahkan diri. Ana menangis, menangis lagi. "Kenapa ana sanggup tinggalkan talaqqi? Kenapa ana tak susun jadual supaya sempat ana pergi talaqqi?" Ana tidak pernah tinggal satu muka surat kitab Imam Al-Haddad, "Dakwah Yang Sempurna Peringatan Yang Utama." Habib Ali yang mensyarahkan. Yang mengajar talaqqi termasuklah Habib Najmuddin dan Ustaz Azhar. Ana menyalahkan diri sendiri. Sehinggalah ada yang menegur, "Percaya pada Allah." Tetap ana diam, berdiri dan menangis tapi persepsi berubah. Percaya pada Allah. Beberapa halangan muncul, ada yang berkata, &q

I wonder,

Image
Assalamualaikum w.b.t. I haven't got any time lately, for writing. Somehow, some way, I'll try, insyaAllah. Sometimes I wonder, why now? Why I have to go, if I decided to go? Why, there? Tasneem said, "You must had prayed for it before." The answer is yes, I had prayed for it. Yes. Yes, but not now. I have a better plan for you. So I guess it is now, by that I mean 7 months more. As days passes, I realised that I appreciate things more than before. I took videos of something random and took pictures. I don't want to miss a single thing if I could. It just that... I don't have time to write any more. One friend said to me, "You must be happy as you're now able to wear niqab all around the campus." I replied with a smile. I was about to tell something secretly by whispering to Sir Ashraf when he said, "I can't see you." By that he and I laughed. I was really tired when someone said, &quo

Known.

Image
Assalamualaikum w.b.t. Istikharah satu, istikharah dua, istikharah tiga. Alhamdulillah, dapat. Tinggal usaha, hantar borang. Wallahua'lam.

I don't know.

Image
Assalamualaikum w.b.t. I don't know... yet. Istikharah sudah, petunjuk mungkin. Bismillahirrahmanirrahim. Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahku. Tika langit dunia di sana runtuh, moga Allah teguhkan akidahku. Jika kesusahan datang, moga Allah kuatkan hatiku. Pada hati yang gelisah, moga Allah curahkan ketenangan buat diriku. Moga kasih Allah sentiasa bersamaku. InsyaAllah, jika benar ini takdirku, kalian tidak akan dilupakan. 190 Cinta pertama di Taman Ilmu dan Budi. Been there. Done that. You've seen me, and as I promised to myself, those who saw, will be my friend forever after. Wallahua'alam.

Travel log 10; Bukan sekadar Darul Quran.

Image
Assalamualaikum w.b.t. “Nak pergi DQ tak?” Diri sedikit tersentak, namun jawapan sudah pasti, “Nak.” Lalu bermulalah perjalananku, buat kali ke dua seumur hidup, meniti liku ke Darul Quran, tanah tercinta. Diri ini bukanlah pelajar DQ, jauh sekali bakal atau pernah belajar di situ. Kerana, DQ hanya menerima pelajar yang menduduki Bahasa Arab Tinggi semasa SPM, sedangkan diri hanya memegang sijil Bahasa Arab Komunikasi untuk PMR. Biarlah, ada hikmahnya. Pertama kali mendengar “Darul Quran” adalah semasa di sekolah lama. Diri menanyakan soalan lazim kepada kakak senior yang mahu menduduki PMR. “Lepas PMR nak pergi mana?” Dengan senyuman dan penuh harapan kakak itu menjawab, “Darul Quran.” Kali kedua mendengar “Darul Quran” adalah lima tahun kemudiannya. Sehinggalah saat pertama kali melangkah, hinggalah mungkin semalam kali terakhir, mungkin tidak keterlaluan jika ku katakan, tiada tempat yang mampu menandingi Darul Quran di Malaysia ini. Sekurang-kur

Lau Kana Murabbi,

Assalamualaikum w.b.t. Hampir 3 hari, berjauhan dari Taman Budi dan Ilmu tercinta, ber”musafir” seketika ke Ampang, walaupun sebenarnya masih kurang lagi dalam jarak musafir. Niat sejak tahun lepas, insyaAllah, ingin bertalaqqi bersama Syeikh Muhammad Fuad Al-Maliki menghabiskan kitab Aqidah Islam dalam 3 hari. Subhanallah, masa yang singkat untuk kitab yang panjang syarahnya. Secara fizikal dan mental, diri cuba bersiap sedia. Kerana sesungguhnya, ilmu itu tidak bermakna jika tiada amalnya. Seperti pepatah arab, “Al-'ilmu bi la 'amalin, kas syajarah bi la thamarin.” Mafhum, “Ilmu tanpa amal bagai pokok tiada buah.” Pada hari Rabu, dua hari sebelum berangkat ke Bait al-Hikmah, tiba-tiba nama tersenarai dalam kumpulan pertama untuk ke BTN. BTN itu wajib, dan tempatnya pula di Kuarters KLIA, Sepang. Hanya Allah yang memahami perasaan ku di ketika itu. Kerana semenjak diri tahu akan BTN sebelum itu, memang sudah berniat, jika ada peluang hendak di Kuarters