Sunday, September 16, 2012

Siapa tahu hati,

Assalamualaikum w.b.t.

Jawapan (atau soalan) kepada mereka yang mungkin,
mungkin, terdetik di hatinya pemergianku ini satu perjalanan yang menggembirakan.

Adakah di fikiranmu itu mudah,
berlari ke sana ke mari mencari kecukupan dalam perbelanjaan ke sana?
Adakah di hatimu itu bahagia,
meninggalkan jurusan yang sangat diminati?
Adakah di matamu itu keindahan,
berjauhan dengan keluarga, masyaikh dan rakan?
Adakah di sanubarimu itu ketenangan,
berhijrah ke tempat yang memerlukan lebih banyak pengorbanan?

Ditanya kepadaku,
kenapa Mesir? Di dalam group Gen 5 Azharians.



Dan rata-ratanya menjawab mengapa AZHAR,
bukan Alex, Tanta, Mansoura, Zagazig, Kaherah mahupun Ainsham.

Dan jawapan mereka melembutkan hati umpama embun di pagi hari.

Ada yang mahu menunaikan impian ibu dan ayah.
Ada yang kerana ilmu.
Ada yang mengatakan: "Dunia dapat, akhirat dapat."
Ada yang mahukan tarbiyyah.
Ada yang kerana bi'ah solehah.
Ada yang mahu berjumpa Syeikh Azhari.
Ada yang LILLAHITA'ALA.

Dipesan kepadaku,
tajdid niat.

Ketahuilah, walaupun mungkin bibir tersenyum mulut ketawa.

Namun bukan mudah,
kadang-kadang larianku terjatuh di sana-sini hingga luka luar dan dalam.
Bukannya bahagia,
dari kejuruteraan kepada perubatan.
Bukan keindahan,
meninggalkan keluarga, masyaikh dan rakan tercinta.
Bukannya ketenangan,
perjalanan ke Ardul Kinanah.

Tapi tetap sahaja ini pilihan ana. Pilihan ALLAH.
Jika bukan kerana istikharah, jika bukan kerana itu.

Bukan kemudahan yang Amirah mahu,
bukan kebahagian dunia yang Hazwani pinta.
Bukan keindahan yang Kira perlu,
bukan ketenangan dunia yang Umayr damba.

Jihad fisabilillah.
Perjuangan ini, dan perjuangan antum lain.
Jangan dibanding.

Baru mendapat berita, pengajian bermula 22hb September.
Berkejar menggapai silibus.

15 hari lagi.



Allahua'lam.

5 comments:

  1. whoa. tu agk pelik jugak mula-mula bca entry yg lalu. "anatomy? bkn amek physic ka sblm ni?"bisik hati.

    kak, mmg minta mesir ye? pahtu mereka bgi lah subjk kena ambil, cam gitu erk? ; u;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula tak terfikir nak minta pun, :) Tapi dapat tahu cara minta masa semester lepas, jadi mohon.

      Memang subjek dah ditetapkan untuk Medic. Cuma beza universiti, mungkin tak belajar Quran di universiti lain.

      Allahua'lam.

      Delete
  2. Asalamu alaikum,

    JazakAllah khair. Have you heard about the wolf speaking..

    Take Care.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum kak :)
    we're just in the same boat but diff cabin.. just put our trust to Him.. insya Allah everything gonna be alright..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.
      InsyaAllah :)
      Innallahama'ana.

      Delete

بسم الله الرحمن الرحيم