Wednesday, September 5, 2012

Satu dari Sembilan.


Assalamualaikum w.b.t.
Kisah Ahlam.

Bismillahirrahmanirrahim.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam ke atas junjunganku, Rasulku, Nabi Muhammad s.a.w


Hasil karya Umairah Hawani,
SATU.
Kakinya dihentak perlahan, tidak mampu dia untuk kuat. Letih. Di saat marah mula berbisik, sempat lagi fitrahnya memujuk. 'Naik tangga, zikir Allahuakbar.” Lalu dia berzikir. Langkah terhenti. Terbayang di matanya peristiwa sebentar tadi.
*****
Laju sahaja kakinya melangkah. 'Aku tak mahu lihat, tak mahu tengok,' bisik sebahagian hatinya. 'Kau mesti tegur! Amar ma'ruf nahi munkar,' sebahagian yang lain. Jeritan pertama berbalas dengan jeritan yang lain. Jeritan batin.
'Benci!'
'Nasihat!'
'Aku tak layak, imanku lemah!'
'Kalau tak kau, siapa lagi?'
'Mana mereka, yang menyebut-nyebut diri sebagai da'ie, sebagai jundullah?'

Akhirnya dia sampai di bawah tangga. Pandangan di London Bridge yang menyeksakan mata, membunuh jiwa. Terlepas satu. Kini dia mula memperlahankan langkah. Mata diarah ke Lecture Hall F. 'Ikhtilat!' sekali lagi bahagian hati itu berbisik.
Dia memandang tajam ke arah seorang sister, namun tidak ditegur jua, langkah kaki membawa dia pergi dari arus yang menyesakkan. Mata diarah ke Department of Sciences. Langkah yang laju hampir terhenti, hampir terjatuh dia di situ.
Sekumpulan brothers dan sisters, berjalan beriringan dari situ ke arah perkarangan belakang Mahallah Khadijah. 'Kemanakah hala mereka?' pertanyaan mula timbul.
Hatinya sakit. Bukan hiperbola, bukan simpulan bahasa. Tapi benar sakit. Dia melangkah, menjauh pergi.
*****
Tidak dipedulikan sisters sekeliling. Dia melangkah laju menuruni tangga. 'Zikir, Subhanallah,' bisik fitrah. Dia akur. Apa dia peduli akan manusia? Apa maksud berjalan untuk dilihat? Bahkan Allah itu lagi dekat dengan hambaNya. Dia berjalan, menuju ke bilik teman.
*****
Mata melirik ke pintu bilik. ANX101. Bukan. Langkah menuju ke sebelah, ANX102. Bilik diintai, pintu dibuka. Dia masuk ke dalam, mencari posisi untuk merehatkan diri lalu duduk. Hati mula diulit bahagia, diresapi ketenangan.
Apakah yang dihadapan pandangannya itulah yang diimpikan untuk CFS tercinta. Taman Ilmu dan Budi yang bakal ditinggalkan.

Empat kumpulan membentuk empat halaqah masing-masing. Brothers bersama brothers, sisters bersama sisters. Ada fasilitator yang meninjau, rakannya juga. Rakan seperjuangan yang dia 'arif akan tarbiyyah mereka. Manakan tidak, dia juga pernah melalui sedikit sebanyak tarbiyyah yang sama. Walaupun mungkin dia memilih jalan lain, namun persamaan itu masih boleh dihubungkan.
Hatinya kini bersulam keindahan suasana bermuamalat dalam Islam. Tidak ada kata-kata lagha, tidak ada aurat didedahkan. Cemburu sedikit dia melihat adik-adik yang sedang menjalani tarbiyyah rakannya. Bukan cemburu buta, tapi keinginan untuk berdakwah seperti mereka itu ada.
Tapi dia tahu, bukan sekarang masanya.
Pandangan kita ke arah al-Quran dihadapannya. Baru sebentar tadi ketika dia tergesa-gesa, al-Quran itu terjatuh. Bagaikan guruh berdentum hatinya pilu. 'Apakah dosaku?'
Tanggungjawabnya kepada al-Quran. Tak pernah ada yang memaksa, dia yang memilih.
'Kenapa masih tidak istiqamah?'
Tanggungjawabnya kepada pelajaran. Tak pernah ada yang mengikat untuk dia masih di sini, dia yang memilih. 'Kenapa masih malas?'
Tanggungjawabnya kepada persatuan. Dia tidak ada jawapan. Kenapa dia masih setia.
*****
Pintu hampir diketuk, tanggan sudah menggenggam kuat telefon bimbit di tangannya. Pintu terbuka sebelum sempat dia memberi salam. Dia tersenyum tanda menghormati, mengambil barang yang diperlukan, kembali berjalan ke bilik sendiri.
*****
Setelah perjumpaan tamat, dia kembali ke Mahallah. Terlihat di matanya sekumpulan brothers dan sisters membincangkan sesuatu. Dia masuk ke dalam Mahallah, terhenti, memandang kembali mereka. 'Kau seorang, tarik kawan mana-mana ajak sekali.'
Dia duduk di kerusi di lobi. Hatinya berbelah bahagi. Hendak meminta pengawal keselamatan atau dia sendiri?
Dia tekad. Kali ini mesti dia. Tidak boleh tidak. Sudah cukup sudah dia berdiam diri.
Lalu dia menegur, bermula dengan salam, berakhir dengan maaf. Mereka menerima teguran, bermula dengan salam, berakhir dengan ucapan terima kasih.
Kakinya menghentak perlahan. Hari itu hampir tamat. Seharian dia berjalan. Di bawah panas, gerimis dan kemudiannya hujan. Di siang hari, di malam hari. Bertubi-tubi dia mendapat tugasan, berlari kembali ke tugasan yang lain.

Berahsia dia dari mereka. Ahlam kembali ke bilik. Menanti hari esok yang mungkin tak kunjung tiba.

No comments:

Post a Comment

بسم الله الرحمن الرحيم